16 July 2014

Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa



Atasi Masalah Penyakit Gastrik Ketika Berpuasa

Apabila tiba sahaja hari berpuasa atau nak berpuasa, waktu itulah gastrik mula datang. Gastrik ketika berpuasa ini sudah macam tidak boleh dipisahkan lagi. Lagi-lagi kepada mereka yang memang sudah lama ada penyakit tegar terhadap gastrik ini. Tetapi adakah gastrik ini boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berpuasa sampai bila-bila? Melampau betul kalau sampai bila-bila tidak puasa langsungkan? Rileks..jangan panik dulu. Kita ada macam-macam cara untuk atasi gastrik, lagi-lagi gastrik bila waktu nak berpuasa. Mari kita tengok dulu apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu boleh mengidap sakit gastrik ini.


Apakah Punca-punca Penyakit Gastrik

Punca seseorang itu mendapat penyakit gastrik adalah disebabkan amalan atau tabiat makan seseorang itu yang tidak mengikut waktu yang tetap. Contohnya seperti kita makan tengahari tidak menentu, kadang-kadang makan pukul 11 pagi, kadang-kadang pukul 12 tengahari, kadang-kadang makan pukul 1 atau pukul 2. Dan ada pula yang sampai sibuk tersangat kadang-kadang pukul 4 petang pun masih belum makan tengahari lagi. Jadi, kalau tabiat ini diamalkan berteruskan hingga dalam tempuh kira-kira 5 tahun, InshaAllah! mendapat penyakit gastrik. Apabila kita sudah tahu kita mengidap penyakit gastrik ini tetapi masih diteruskan lagi tabiat makan tidak menentu atau tidak mengikut waktu, InshaAllah! dalam tempuh 2 tahun lagi mangsa gastrik ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu ulser perut. Ya, merbahaya bukan?


Bagaimanakah seseorang itu boleh mendapat masalah penyakit gastrik dengan lebih cepat?

  • Makan makanan yang terlalu pedas
  • Makan hingga perut terasa tersangat kenyang
  • faktor merokok juga
  • Suka makan nenas
  • Suka makan makanan mee segera
  • Suka makan jeruk kering atau jeruk basah
  • Makan makanan yang bercuka
  • Junk food
  • Suka kepada minuman bergas
  • Makan makanan yang berangin seperti pisang, ubi, cempedak, nangka dll

Pengambilan Suplemen Dapat Atasi Masalah Penyakit Gastrik

Sebagai salah satu langkah untuk membantu atau atasi masalah penyakit gastrik anda, anda boleh mengambil suplemen yang dicadangkan seperti berikut:


Set Gastrik Shaklee, Atasi Gastrik Ketika Berpuasa
Set Gastrik Shaklee - Suplemen

B-Complex:

  • Bertindak sebagai penenang sekali gus dapat mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik.
  • B-Complex sangat lengkap dengan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dengan sistem saraf.
OsteMatrix:

  • Merupakan kalsium dengan magnesium dan vitamin D yang dapat membantu meneutralkan asid gastrik yang telah memasuki esphagus yang menyebabkan ulu hati.
Energizing Soy Protein (ESP):

  • Merupakan sumber protein yang tinggi dengan sifat alkalinya yang dapat membantu meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Protein ini juga membantu membina sel-sel yang baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.


Usahlah kita bertangguh-tangguh dalam menangani masalah gastrik. Disebabkan gastrik, kita menjadikan ia sebagai punca untuk kita tidak berpuasa. Buktikan! berikan yang terbaik untuk diri kita. Anda boleh berpuasa, katakan tidak pada gastrik. Atasi masalah gastrik anda sekarang! InshaAllah..

Sila hubungi saya untuk sebarang kemusykilan dan konsultasi:

SMS/WhatsApp : 013 205 0607
Fb Fanpage : Vitamin4u
Facebook : Rahayu Abd Ghapal
Website : www.vitamin4uall.com


Daftar ahli untuk harga menarik, daftar Shaklee
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik






5 July 2014

Perkara Berbahaya Jika Di Amalkan Selepas Makan


Elakkan 7 Perkara Berbahaya selepas makan


Sedar tidak sedar sebenarnya inilah yang biasa berlaku keatas diri kita semua, iaitu perkara yang memang sudah biasa kita buat. Jadi ini ada sedikit info mungkin sebelum ini kita sudah tahu atau mungkin masih diantara kita tidak tahu atau pun kita buat-buat tak tahu sahaja. Sayangi diri anda dan sila jauhinya..



Jangan Makan Berlebihan
Bersederhana Dalam Pemakanan



  • Jangan merokok. Eksperimen dari pakar membuktikan bahawa dengan menghisap rokok selepas makan adalah sama dengan menghisap rokok 10 batang rokok (kemungkinan kanser lebih tinggi).

  • Jangan makan buah-buahan serta-merta. Apabila anda makan buah-buahan dengan makanan, buah-buahan yang terperangkap di dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan lain dan tidak boleh sampai ke usus. Makanan yang rosak tidak sampai ke usus dan akan kekal di dalam perut. Oleh itu, adalah sangat disyorkan bahawa anda perlu makan buah-buahan sekurang-kurangnya satu jam selepas makan nasi contohnya atau sebelum makan dan sebaik-baiknya pada waktu pagi dengan perut kosong. Kenapa waktu pagi? Kerana pada waktu pagi badan kita dalam keadaan yang terbaik dan boleh menerima atau menggunakan nutrien yang terdapat dalam buah-buahan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan harian kita.


  • Jangan minum teh. Ini kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan dan akan menjadi keras dan dengan itu sukar untuk kita membuang air besar. Ia adalah lebih baik untuk diminum 1 jam selepas makan.

  • Jangan melonggarkan tali pinggang, ia sangat tidak baik untuk anda! Kita secara amnya mempunyai sikap apabila perut sudah penuh dengan makanan kita akan melonggarkan tali pinggang. Dengan cara melonggarkan tali pinggang adalah tidak baik bukan sahaja kerana akan menyebabkan usus twist atau blok tetapi akan membuat kita terus makan lagi hingga ke tahap yang anda tidak selesa iaitu kekenyangan. Maksudnya kita akan terus rasa selesa sekali lagi untuk terus makan dengan banyak atau berlebihan. Oleh itu, marilah kita makan hanya setakat yang kita boleh rasa selesa tanpa melonggarkan tali pinggang kita!


  • Jangan Mandi. Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

  • Jangan berjalan selepas makan, ia tidak baik untuk anda! Berjalan selepas makan adalah sesuatu yang tidak baik sebenarnya, ia boleh menyebabkan refluks asid dan senak. Walau bagaimanapun, berjalan lebih kurang setengah jam selepas makan adalah  baik untuk kita. Para penyelidik di Jabatan Sains Latihan di Universiti South Carolina, telah mendapati bahawa berjalan selepas makan adalah salah satu senaman yang baik untuk membakar lemak. Perkara yang perlu diperhatikan adalah apabila berjalan kira-kira dalam 10 minit atau hanya 20-30 minit selepas makan akan menghalang refluks dan masalah pada perut.


  • Jangan tidur selepas makan. Tidur selepas mengambil makanan adalah tidak baik kerana akan perut tidak dapat mencerna makanan dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.



Semua diatas ini lebih kurang macam tip kesihatan untuk diri kita sendiri. Yang baik kita amalkan dan yang tak baik itu kita buang jauh-jauh. Sebab kita ni semua nak pakai badan kita ni lama, sampai ke tua..jadi mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Haaa..so, jaga-jagalah diri sendiri ya. Bye2, Assalamualaikum.. :)




Rahayu Abd Ghapal
  013 205 0607

Website: vitamin4uall.com














13 November 2013

Manfaat minum air putih selepas bangun tidur


manfaat minum air putih selepas bangun tidur, minum air putih



5 khasiat minum air putih setelah bangun tidur:

1. Kulit menjadi cantik:- Meminum air putih boleh menghilangkan racun yang ada si dalam tubuh. Kulit yang kusam boleh menjadi berkilau jika anda rajin meminum air putih setelah bangun tidur. Selain itu, wajah anda juga boleh kelihatan cantik dengan kulit yang berkilau kerana air membantu membersihkan racun dalam darah.

2. Menjadikan tubuh langsing:- Untuk menjaga berat badan atau menjadikan anda langsing, meminum air putih setelah bangun tidur di pagi hari boleh menjadi penyelesaiannya. Rajin meminum air putih setiap pagi boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24% saat itu juga. Minum air putih – 1st

3. Usus menjadi lebih bersih:- Saat bangun tidur di pagi hari, perut anda sudah pasti masih kosong, bukan? Meminum air putih dalam keadaan perut kosong boleh membantu membersihkan usus. Selain itu, boleh membuat usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk berikutnya.

4. Darah akan bertambah:- Saat seseorang merasa lemah, anemia, atau pening2 biasanya disarankan untuk meminum air putih dalam jumlah yang cukup. Hal tersebut boleh membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

5. Menyeimbangkan sistem limpa:- Meminum air putih di pagi hari boleh membantu menyeimbangkan sistem limpa. Dengan menghidrasi tubuh, boleh memaksimakan fungsi tubuh anda selama satu hari. Selain itu, air putih juga boleh mencegah infeksi. 


Itulah 5 khasiat meminum air putih setelah bangun tidur. Adakah anda mulai saat ini akan meminum segelas air putih setiap bangun tidur di pagi hari?  (^_^)'


Your Shaklee Independent Distributor;
Rahayu AbG (ID 915071)
Call/SMS/WhatsApp : 013-2050607
Email: ayusabrina@gmail.com
FB: Rahayu Abd Ghapal

Posted on 10:00 pm | Categories:

11 November 2013

Testimonial Ekzema

Testimonial Ekzema

Produk Shaklee amat berkesan!!
Pengguna Shaklee ini berada di Skudai Johor.
Si Ibu sangat gembira kerana kini tiada lagi ekzema pada anaknya :)
Tidak sampai 1 bulan menggunakan produk Shaklee, tetapi telah menunjukkan hasilnya..


ALHAMDULILLAH...!! ^_^



*Sebelum dan selepas menggunakan produk shaklee, amat berkesan :)





* Syukur...Si Ibu gembira diperkenalkan produk Shaklee kepadanya :)
kalau tak berapa jelas boleh zoom ye, hehe




*Produk Shaklee yang dibelinya sebelum dipos



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


* Anda bijak memilih, pilihan ditangan anda..
* Kalau nak sihat itu mudah sahaja...usaha+doa+tawakal \(^_^)/
* Aktifkan dirimu!!


*Pertanyaan, konsultansi & pesanan produk boleh hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor;
Rahayu AbG (ID 915071)
Call/SMS/WhatsApp : 013-2050607
Email: ayusabrina@gmail.com
FB: Rahayu Abd Ghapal


Posted on 1:09 pm | Categories:

Vitamin Shaklee Membantu Untuk Hamil


set hamil, set mengandung, B complex, GLA complex, Vita E complex, Zink complex
Ramai yang telah mencubanya & hasilnya amat berkesan, Tuhan Maha Pemurah :)




KESUNYIAN DENGAN GELAK TAWA SI MANJA? INGIN HAMIL?

Manusia merancang & berusaha, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan yang memberi rezeki.

✔SET KESUBURAN DAPAT MEMBANTU ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA YANG INGINKAN CAHAYA MATA.. :)


Apakah produk yang membantu kesuburan suami & isteri?

✔ Untuk suami: Zinc Complex & Vita-E Complex
✔ Untuk isteri: GLA Complex & B-Complex


Apa kelebihan vitamin-vitamin tersebut untuk kesuburan?

✔Zinc Complex:Penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma. Kekurangan zink menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.

✔ Vita-E Complex:
Menyokong pengeluaran sperma, hormon seks dan mencegah kerosakan DNA sperma. Kerosakan yang banyak pada DNA sperma boleh menyebabkan kemandulan. Selenium dalam vitamin E berfungsi mencegah pengoksidaan sel-sel sperma.

✔ GLA Complex:
GLA Complex membantu untuk menstabilkan haid. Apabila kitaran haid stabil, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah. GLA Complex membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal (buang cycst). GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur.

✔B-Complex:
Vitamin B6 meningkatkan kesuburan wanita, asid folic pula penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.


Adakah semua vitamin berbentuk pil, berapa lama boleh tahan?

Semua vitamin berbentuk pil, tahan untuk 2 hingga 4 bulan (Zinc Complex 120 biji, Vita-E Complex 120 biji, B-Complex 120 biji & GLA Complex 60 biji) 

Dapatkan set ini sekarang GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai satu usaha anda menantikan kehadiran si comel dalam keluarga! :)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


* Anda bijak memilih, pilihan ditangan anda..
* Kalau nak sihat itu mudah sahaja...usaha+doa+tawakal \(^_^)/
* Aktifkan dirimu!!


*Pertanyaan, konsultansi & pesanan produk boleh hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor;
Rahayu AbG (ID 915071)
Call/SMS/WhatsApp : 013-2050607
Email: ayusabrina@gmail.com
FB: Rahayu Abd Ghapal



Posted on 12:40 pm | Categories:

10 November 2013

Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung




set hamil shaklee, set mengandung shaklee
*suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung*



Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya. Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

  1. Iro- utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.


Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
  1. Vitamin C 
  2. ESP


Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.


Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih..

*rujukan :
  • vitaminsemulajadi.com
  • drzubaidi.com




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


* Anda bijak memilih, pilihan ditangan anda..
* Kalau nak sihat itu mudah sahaja...usaha+doa+tawakal \(^_^)/
* Aktifkan dirimu!!


*Pertanyaan, konsultansi & pesanan produk boleh hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor;
Rahayu AbG (ID 915071)
Call/SMS/WhatsApp : 013-2050607
Email: ayusabrina@gmail.com



Posted on 1:05 am | Categories:

6 November 2013

Ekzema



EKZEMA BOLEH DIRAWAT!!


Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. 
Tedapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. 

Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal. Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tetapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih.



4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.


Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.



6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk
  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.





ekzema, rawat ekzema dengan shaklee, omega guard, ESP, GLA complex





Rawatan Ekzema: Dalaman
Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. 

Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. 



Kebaikan bagi merawat ekzema:
Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.

ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


* Anda bijak memilih, pilihan ditangan anda..
* Kalau nak sihat itu mudah sahaja...usaha+doa+tawakal \(^_^)/
* Aktifkan dirimu!!


*Pertanyaan, konsultansi & pesanan produk boleh hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor;
Rahayu AbG (ID 915071)
Call/SMS/WhatsApp : 013-2050607
Email: ayusabrina@gmail.com




Posted on 5:22 pm | Categories:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...