16 July 2014

Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa



Atasi Masalah Penyakit Gastrik Ketika Berpuasa

Apabila tiba sahaja hari berpuasa atau nak berpuasa, waktu itulah gastrik mula datang. Gastrik ketika berpuasa ini sudah macam tidak boleh dipisahkan lagi. Lagi-lagi kepada mereka yang memang sudah lama ada penyakit tegar terhadap gastrik ini. Tetapi adakah gastrik ini boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berpuasa sampai bila-bila? Melampau betul kalau sampai bila-bila tidak puasa langsungkan? Rileks..jangan panik dulu. Kita ada macam-macam cara untuk atasi gastrik, lagi-lagi gastrik bila waktu nak berpuasa. Mari kita tengok dulu apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu boleh mengidap sakit gastrik ini.


Apakah Punca-punca Penyakit Gastrik

Punca seseorang itu mendapat penyakit gastrik adalah disebabkan amalan atau tabiat makan seseorang itu yang tidak mengikut waktu yang tetap. Contohnya seperti kita makan tengahari tidak menentu, kadang-kadang makan pukul 11 pagi, kadang-kadang pukul 12 tengahari, kadang-kadang makan pukul 1 atau pukul 2. Dan ada pula yang sampai sibuk tersangat kadang-kadang pukul 4 petang pun masih belum makan tengahari lagi. Jadi, kalau tabiat ini diamalkan berteruskan hingga dalam tempuh kira-kira 5 tahun, InshaAllah! mendapat penyakit gastrik. Apabila kita sudah tahu kita mengidap penyakit gastrik ini tetapi masih diteruskan lagi tabiat makan tidak menentu atau tidak mengikut waktu, InshaAllah! dalam tempuh 2 tahun lagi mangsa gastrik ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu ulser perut. Ya, merbahaya bukan?


Bagaimanakah seseorang itu boleh mendapat masalah penyakit gastrik dengan lebih cepat?

  • Makan makanan yang terlalu pedas
  • Makan hingga perut terasa tersangat kenyang
  • faktor merokok juga
  • Suka makan nenas
  • Suka makan makanan mee segera
  • Suka makan jeruk kering atau jeruk basah
  • Makan makanan yang bercuka
  • Junk food
  • Suka kepada minuman bergas
  • Makan makanan yang berangin seperti pisang, ubi, cempedak, nangka dll

Pengambilan Suplemen Dapat Atasi Masalah Penyakit Gastrik

Sebagai salah satu langkah untuk membantu atau atasi masalah penyakit gastrik anda, anda boleh mengambil suplemen yang dicadangkan seperti berikut:


Set Gastrik Shaklee, Atasi Gastrik Ketika Berpuasa
Set Gastrik Shaklee - Suplemen

B-Complex:

  • Bertindak sebagai penenang sekali gus dapat mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik.
  • B-Complex sangat lengkap dengan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dengan sistem saraf.
OsteMatrix:

  • Merupakan kalsium dengan magnesium dan vitamin D yang dapat membantu meneutralkan asid gastrik yang telah memasuki esphagus yang menyebabkan ulu hati.
Energizing Soy Protein (ESP):

  • Merupakan sumber protein yang tinggi dengan sifat alkalinya yang dapat membantu meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Protein ini juga membantu membina sel-sel yang baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.


Usahlah kita bertangguh-tangguh dalam menangani masalah gastrik. Disebabkan gastrik, kita menjadikan ia sebagai punca untuk kita tidak berpuasa. Buktikan! berikan yang terbaik untuk diri kita. Anda boleh berpuasa, katakan tidak pada gastrik. Atasi masalah gastrik anda sekarang! InshaAllah..

Sila hubungi saya untuk sebarang kemusykilan dan konsultasi:

SMS/WhatsApp : 013 205 0607
Fb Fanpage : Vitamin4u
Facebook : Rahayu Abd Ghapal
Website : www.vitamin4uall.com


Daftar ahli untuk harga menarik, daftar Shaklee
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik






5 July 2014

Perkara Berbahaya Jika Di Amalkan Selepas Makan


Elakkan 7 Perkara Berbahaya selepas makan


Sedar tidak sedar sebenarnya inilah yang biasa berlaku keatas diri kita semua, iaitu perkara yang memang sudah biasa kita buat. Jadi ini ada sedikit info mungkin sebelum ini kita sudah tahu atau mungkin masih diantara kita tidak tahu atau pun kita buat-buat tak tahu sahaja. Sayangi diri anda dan sila jauhinya..



Jangan Makan Berlebihan
Bersederhana Dalam Pemakanan



  • Jangan merokok. Eksperimen dari pakar membuktikan bahawa dengan menghisap rokok selepas makan adalah sama dengan menghisap rokok 10 batang rokok (kemungkinan kanser lebih tinggi).

  • Jangan makan buah-buahan serta-merta. Apabila anda makan buah-buahan dengan makanan, buah-buahan yang terperangkap di dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan lain dan tidak boleh sampai ke usus. Makanan yang rosak tidak sampai ke usus dan akan kekal di dalam perut. Oleh itu, adalah sangat disyorkan bahawa anda perlu makan buah-buahan sekurang-kurangnya satu jam selepas makan nasi contohnya atau sebelum makan dan sebaik-baiknya pada waktu pagi dengan perut kosong. Kenapa waktu pagi? Kerana pada waktu pagi badan kita dalam keadaan yang terbaik dan boleh menerima atau menggunakan nutrien yang terdapat dalam buah-buahan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan harian kita.


  • Jangan minum teh. Ini kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan dan akan menjadi keras dan dengan itu sukar untuk kita membuang air besar. Ia adalah lebih baik untuk diminum 1 jam selepas makan.

  • Jangan melonggarkan tali pinggang, ia sangat tidak baik untuk anda! Kita secara amnya mempunyai sikap apabila perut sudah penuh dengan makanan kita akan melonggarkan tali pinggang. Dengan cara melonggarkan tali pinggang adalah tidak baik bukan sahaja kerana akan menyebabkan usus twist atau blok tetapi akan membuat kita terus makan lagi hingga ke tahap yang anda tidak selesa iaitu kekenyangan. Maksudnya kita akan terus rasa selesa sekali lagi untuk terus makan dengan banyak atau berlebihan. Oleh itu, marilah kita makan hanya setakat yang kita boleh rasa selesa tanpa melonggarkan tali pinggang kita!


  • Jangan Mandi. Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

  • Jangan berjalan selepas makan, ia tidak baik untuk anda! Berjalan selepas makan adalah sesuatu yang tidak baik sebenarnya, ia boleh menyebabkan refluks asid dan senak. Walau bagaimanapun, berjalan lebih kurang setengah jam selepas makan adalah  baik untuk kita. Para penyelidik di Jabatan Sains Latihan di Universiti South Carolina, telah mendapati bahawa berjalan selepas makan adalah salah satu senaman yang baik untuk membakar lemak. Perkara yang perlu diperhatikan adalah apabila berjalan kira-kira dalam 10 minit atau hanya 20-30 minit selepas makan akan menghalang refluks dan masalah pada perut.


  • Jangan tidur selepas makan. Tidur selepas mengambil makanan adalah tidak baik kerana akan perut tidak dapat mencerna makanan dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.



Semua diatas ini lebih kurang macam tip kesihatan untuk diri kita sendiri. Yang baik kita amalkan dan yang tak baik itu kita buang jauh-jauh. Sebab kita ni semua nak pakai badan kita ni lama, sampai ke tua..jadi mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Haaa..so, jaga-jagalah diri sendiri ya. Bye2, Assalamualaikum.. :)




Rahayu Abd Ghapal
  013 205 0607

Website: vitamin4uall.com














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...