18 October 2013

Shaklee Mampu Merawat Ekzema





Shaklee merawat ekzema, ekzema,


Salam ceria untuk semua..entry saya kali ini akan menceritakan tentang EKZEMA.
Mungkin ramai ibu-ibu diluar sana rasa susah hati bila melihat anak sendiri terkena ekzema pada kulit muka, tangan atau sebagainya.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Ia ada kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit, kulit adalah organ terbesar pada tubuh badan manusia. 

Biasanya ekzema ini selalu terjadi pada bayi & kanak-kanak terutama mereka yang berumur 2-6 tahun. Kulit akan menjadi gatal & melepuh, berair & jika digaru terlalu kuat boleh sampai berdarah. Punca ekzema sehingga kini masih tidak diketahui. Tetapi jika ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau sensitif pada habuk & debunga, jadi kemungkinan anak juga berpeluang besar turut mengalaminya.


Tetapi jangan risau..In Sha Allah Shaklee dapat merawat ekzema atau sakit kulit lain mengikut umur.


Bayi yang berumur kurang 1 tahun;
  • Ibu yang menyusukan anak yang mengalami masalah ekzema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain ia bagus untuk ibu, ia juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal & pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yang luka.


Kanak-kanak yang 1 tahun ke atas;
  • Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yang rosak dan berparut.
  • Herbal blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.


Remaja dan Dewasa;
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat ekzema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, kerana ia umpama ubat yang disapu pada luka. Ia memang formula untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema.
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tahu, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel, mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yang belum dijangkiti. Kedua-dua produk ini merawat kulit dari dalam.
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shake yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak.
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.


p/s: semua yang dikatakan diatas hanyalah cadangan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tetapi untuk mendapatkan kesan yang optimum boleh juga mengamalkan semua produk vitamin-vitamin ini. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Sekian.. :)





* Anda bijak memilih, pilihan ditangan anda..
* Kalau nak sihat itu mudah sahaja...usaha+doa+tawakal \(^_^)/
* Aktifkan dirimu!!


*Pertanyaan, konsultansi & pesanan produk boleh hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor;
Rahayu AbG (ID 915071)
Call/SMS/WhatsApp : 013-2050607
Email: ayusabrina@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...